dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Nadi Kesejahteraan Kendiri

11 April 2026 | Aktiviti Terkini

Kesihatan dapat ditakrifkan sebagai individu yang mempunyai keadaan fizikal, mental, dan sosial yang baik serta bebas daripada penyakit atau kecederaan. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Manakala kesejahteraan kendiri dapat disimpulkan sebagai keupayaan individu untuk membuat tindakan dan keputusan dalam usaha menjaga kesihatan diri dan meningkatkan kualiti hidup. Oleh yang demikian, setiap individu perlu mengambil langkah proaktif dalam mencegah penyakit tidak berjangkit yang semakin mengusarkan.

NADI KESEJAHTERAAN KENDIRI merupakan satu inisiatif Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menambah nilai Pusat Penyebaran Maklumat Nasional (NADI) dalam meningkatkan peranan komuniti dalam memupuk kesedaran dan kepentingan penjagaan kesihatan diri sendiri. Dengan mengaspirasikan penjagaan ketika sihat lebih baik daripada ketika sakit, inisiatif ini merupakan salah satu prakasar kehadapan untuk membantu ahli NADI memantau tahap kesihatan dan bertindak sebelum terlambat selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030.

Pelaksanaan NADI Kesejahteraan Kendiri memberi tumpuan kepada beberapa fokus utama, iaitu meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan masyarakat, memperkasa pengurusan serta pencegahan kesihatan kendiri, dan memperluas akses kepada perkhidmatan perubatan termasuk tele-kesihatan. Pendekatan ini dilihat mampu membantu masyarakat mendapatkan maklumat kesihatan dengan lebih mudah serta menggalakkan amalan hidup sihat secara berterusan.

Selain itu, inisiatif ini turut merangkumi beberapa komponen utama yang disasarkan kepada kumpulan masyarakat tertentu. Antaranya ialah NADI-FLOURISHER yang memberi penekanan kepada kesejahteraan dan kesihatan wanita, NADI-MENWELL yang memfokuskan kepada kesejahteraan serta kesihatan lelaki, dan NADI-CARE yang melibatkan populasi umum seperti kanak-kanak, remaja dan warga emas, di samping membincangkan pelbagai isu kesihatan umum. Pembahagian ini membolehkan pendekatan yang lebih khusus dan berkesan mengikut keperluan setiap golongan.

Kesimpulannya, NADI Kesejahteraan Kendiri merupakan satu inisiatif yang signifikan dalam memperkukuh kesedaran dan amalan penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat. Diharapkan usaha ini dapat melahirkan komuniti yang lebih peka terhadap kesihatan diri serta mampu meningkatkan kualiti hidup secara menyeluruh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.